bismila.gif

HARTA PUSAKA

LAMAN UTAMA
HARTA PUSAKA
WASIAT
WASI
HIBAH
KES UNTUK TELADAN
PENYEDIAAN WASIAT
SENSASI KINI !
PAKEJ TERBARU
l
DEFINISI HARTA PUSAKA :
 
l
Semua harta yang ditinggalkan oleh simati samada harta alih atau harta tak alih termasuklah apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya.  
  • Harta berbentuk alih atau tak alih (rumah, tanah dan saham) 
  • Mata wang (nuqud).
  • Hak atau kepentingan si mati atau manfaat.
  • Diyat atas pembunuhannya.
 
DALIL-DALIL BERKAITAN HARTA PUSAKA :
 
Al-Quran - Surah al-Nisa'; ayat 10, 11 dan 176
 
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai  anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, dan jika kamu mempunyai anak bagi isteri seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki(seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada  harta Tetapi jika saudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seseorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan  tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun”.
                                                                       ( Surah an-Nisa': ayat 12 )
 
 
Hadith Rasulullah s.a.w
 
Antaranya adalah :                                                                                
“ Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh  diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya”.                                    ( Riwayat Bukhari )                
 
 
KATEGORI PEMILIKAN YANG PERLU KEPADA WASIAT :
 
* lPemegang Akaun Simpanan dan Semasa di bank
* Pelaburan Saham-saham seperti ASN, ASB, ASM Dan Saham-Saham Amanah Yang Lain 
* Pencaruman di KWSP dan Akaun di Tabung Haji 
* Pemilik Polisi, Insuran dan Takaful
* Pemilik Hartanah (Rumah dan Tanah) serta Harta Tak Alih yang Lain
* Pemegang Saham Syarikat (Tersenarai dan Persendirian)
* Apa Sahaja Harta Bernilai yang Ditinggalkan Atas Nama Simati Contohnya Seperti Barang Kemas
 
 
HAK BERKAITAN HARTA PUSAKA :
  • lUrusan Pengkebumian (Yang Berkaitan Dengan Jenazah)  
  • Pelunasan Hutang ( Hutang Dengan Allah, Hutang Dengan Organisasi dan Hutang Dengan Individu)
  • lPelaksanaan Wasiat (1/3) Kepada bukan Waris
  • Tuntutan Adat / Harta Sepencarian
 
INILAH AKIBATNYA APABILA URUSAN HARTA PUSAKA DIPANDANG REMEH SEMASA HAYAT KITA :  
  • Pembekuan Harta Pusaka oleh Amanah Raya Berhad 
  • Proses Penyelesaian Harta Mengambil Masa Yang Terlalu Lama
  • Persengketaan Sesama Ahli Keluarga Yang Tersayang 
  • Pembolotan Harta oleh Mereka Yang Tidak Bertanggung-jawab 
  • Pembahagian Harta Yang Tidak Betul Serta Tidak Berlandaskan Syariat Islam
  • Terpaksa Melalui Proses Perundangan Yang Rumit Akibat Daripada Urusan Harta Pusaka Yang Tertangguh 
  • Bayaran Guaman Yang Tinggi