bismila.gif

HIBAH

LAMAN UTAMA
HARTA PUSAKA
WASIAT
WASI
HIBAH
KES UNTUK TELADAN
PENYEDIAAN WASIAT
SENSASI KINI !
PAKEJ TERBARU

DEFINISI HIBAH 
 
Hadiah atau pemberian harta / milikan (samada harta alih atau tak alih) tanpa balasan oleh penghibah kepada penerima hibah secara rela hati semasa hayatnya di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.
 
DALIL-DALIL
 
Allah telah berfirman :
 
“Dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.”
Surah Al-Baqarah : 177
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 
"Berikanlah hadiah/hibah, nescaya kamu dikasihi."
                                                             Riwayat Bukhari
 
 
RUKUN HIBAH
 
Terdapat 3 elemen utama (rukun) dalam hibah iaitu :
1. Tawaran dan Penerimaan
2. Pemberi dan Penerima Hibah
3. Pemberi Hibah
 
 
a)
HIBAH BERSYARAT (UMRA DAN RUQBA)
 
1.Umra
ialah Harta yang dipindah milik kepada PENERIMA hibah apabila PEMBERI hibah meninggal dunia.
 
Rugba
PEMBERI HIBAH meninggal dunia terlebih dahulu, pemilikan harta pada PENERIMA HIBAH adalah dikekalkan.
 
PENERIMA HIBAH meninggal dunia terlebih dahulu, maka harta dikembalikan semula kepada PEMBERI HIBAH.
2.
b)
 
 
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN HIBAH ?
 
1. 1.Mereka yang mempunyai anak angkat.
2.2. Suami yang mewariskan harta kepada isteri secara mutlak.
3.3. Ibubapa yang mewariskan harta kepada salah seorang anak.
 
 
KEISTIMEWAAN HIBAH
 
l1. Pengisytiharan dibuat semasa hidup, pertukaran hak milik dibuat selepas  kematian bagi tujuan untuk menjaga kebajikan.
l2. Hibah UMRA DAN RUQBA kerana sekiranya PENERIMA HIBAH meninggal dunia terlebih dahulu, harta dipulangkan kepada PENGHIBAH.
 
 
KELEBIHAN-KELEBIHAN HIBAH  
 
1.1. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka.
2.2. Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris-waris yang lain.
3.3. Pewarisan atau pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
4. 4.Boleh diberikan kepada sesiapapun; anak angkat; anak tiri; waris yang tidak menerima pusaka.
5.5. Jumlah yang diberikan tidak terhad
6.6. Sunat disama ratakan dari segi pemberian