bismila.gif

PAKEJ TERBARU

LAMAN UTAMA
HARTA PUSAKA
WASIAT
WASI
HIBAH
KES UNTUK TELADAN
PENYEDIAAN WASIAT
SENSASI KINI !
PAKEJ TERBARU

SKIM PELANGGAN KORPORAT
 
PENGENALAN
 
Pakej baru ini diperkenalkan bagi membolehkan masyarakat Islam menyediakan dokumen wasiat mereka menerusi potongan gaji sebanyak RM 30 sebulan sehingga 5 bulan kepada Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

OBJEKTIF

  • Memudahkan ahli / kakitangan Syarikat / Organisasi untuk menyediakan dokumen wasiat mereka dengan bayaran serendah RM 150 menerusi skim potongan gaji.
  • Mewujudkan budaya korporat yang positif dalam menggalakkan ahli / kakitangan mereka menyediakan dokumen wasiat seterusnya menegakkan Sunnah Rasullah SAW.
  • Menggalakkan masyarakat Islam menyediakan dokumen wasiat Islam mereka dan melantik Amanah Raya Berhad sebagai wasi.

KELAYAKAN ORGANISASI / SYARIKAT YANG INGIN MENYERTAI SKIM INI

  • Organisasi / syarikat yang boleh menguruskan sendiri potongan gaji untuk ahli / kakitangannya.
  • Organisasi / syarikat yang mampu memperolehi minima 10 orang peserta untuk skim ini.

MAJLIS PENYERAHAN BORANG PENYERTAAN SKIM PELANGGAN KORPORAT WASIYYAH SHOPPE

Semua syarikat /Organisasi yang bersetuju menyertai skim ini akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyerahan Borang Penyertaan Skim Pelanggan Korporat Wasiyyah Shoppe. Sesi tersebut akan diadakan pada : 

Tarikh  - 3 Julai 2006 (Isnin)
Tempat - hotel Equatorial, Kuala Lumpur
Masa - 10.00 pagi hingga 1.00 petang 

Turut bersama dalam majlis di atas adalah Yang Berhormat Datuk Mohd Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama media liputan dari Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, RTM 1 dan juga TV3.

MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN WASIAT ISLAM

Semua syarikat /Organisasi yang bersetuju menyertai skim ini akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Wasiat Islam ahli / kakitangan mereka yang akan diadakan pada : 

Tarikh  - 6 September 2006 (Rabu)
Tempat - hotel Equatorial, Kuala Lumpur
Masa - 10.00 pagi hingga 1.00 petang (Termasuk makan tengahari bersama Menteri)

Turut bersama dalam majlis di atas adalah Yang Berhormat Datuk Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama media liputan dari Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, RTM 1 dan juga TV3.

KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI OLEH PESERTA PROGRAM

  • Dapat menyediakan dokumen wasiat Islam dengan cara yang mudah pada kadar bayaran yang paling murah.
  • Perlindungan khairat kematian RM 500 diberikan secara PERCUMA bagi mengurangkan beban kewangan waris bila berlaku kematian.
  • Dengan adanya dokumen wasiat, harta pusaka mereka samada harta alih dan tak alih dapat diurus dan diwariskan kepada waris-waris mereka dengan cepat.

MENAFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH SYARIKAT / ORGANISASI YANG MENYERTAI PROGRAM

  • Dapat meningkatkan reputasi mereka di pasaran dengan mengambil berat kebajikan ahli / kakitangan mereka.
  • Melalui dua majlis penyerahan borang di atas, secara tidak lansung syarikat / organisasi yang terlibat akan mendapat publisiti PERCUMA.
  • Kesemua syarikat / organisasi yang menyertai skim ini akan diiklankan oleh Wasiyyah Shoppe di dalam akhbar Harian Metro sebagai tanda penghargaan selepas kedua-dua majlis yang diadakan di atas.

 

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini...hubungi kami segera untuk temu janji. Pihak Wasiyyah Shoppe bersedia untuk mengadakan taklimat atau membuka kaunter (yang mana difikirkan bersesuaian dan dibenarkan oleh syarikat/organisasi) untuk memperkenalkan skim ini kepada ahli / kakitangan syarikat / organisasi. Penyertaan adalah secara sukarela.