DEFINISI HARTA PUSAKA :
l
Semua harta yang ditinggalkan oleh
simati samada harta alih atau harta tak alih termasuklah apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya.
DALIL-DALIL BERKAITAN HARTA PUSAKA :
Al-Quran - Surah al-Nisa'; ayat 10, 11 dan 176
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan
oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat
yang mereka buat atau dan) sesudah
dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak,
dan jika kamu mempunyai anak bagi isteri seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan
sesudah dipenuhi wasiat yang
kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang
tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara
laki-laki(seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada harta Tetapi jika saudara-saudara
itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi
wasiat yang dibuat seseorang, maka sesudah dibayar hutangnya
dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang
demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun”.
( Surah an-Nisa': ayat 12 )
Hadith Rasulullah s.a.w
Antaranya adalah :
“ Seseorang muslim
yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam
berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya”.
( Riwayat Bukhari )
KATEGORI PEMILIKAN YANG PERLU KEPADA WASIAT :
* lPemegang Akaun Simpanan dan Semasa di bank
* Pelaburan Saham-saham seperti ASN, ASB, ASM Dan
Saham-Saham Amanah Yang Lain
* Pencaruman di KWSP dan Akaun di Tabung Haji
* Pemilik Polisi, Insuran dan Takaful
* Pemilik Hartanah (Rumah dan Tanah) serta Harta Tak
Alih yang Lain
* Pemegang Saham Syarikat (Tersenarai dan Persendirian)
* Apa Sahaja
Harta Bernilai yang Ditinggalkan Atas Nama Simati Contohnya Seperti Barang Kemas
HAK BERKAITAN HARTA PUSAKA :
-
lUrusan Pengkebumian
(Yang Berkaitan Dengan Jenazah)
-
Pelunasan
Hutang ( Hutang Dengan Allah, Hutang Dengan Organisasi dan Hutang Dengan Individu)
-
lPelaksanaan Wasiat (1/3) Kepada bukan Waris
-
Tuntutan
Adat / Harta Sepencarian
INILAH AKIBATNYA APABILA URUSAN HARTA PUSAKA DIPANDANG
REMEH SEMASA HAYAT KITA :
-
Pembekuan Harta Pusaka oleh Amanah Raya Berhad
-
Proses Penyelesaian Harta Mengambil Masa Yang Terlalu Lama
-
Persengketaan Sesama Ahli Keluarga Yang Tersayang
-
Pembolotan Harta oleh Mereka Yang Tidak Bertanggung-jawab
-
Pembahagian Harta Yang Tidak Betul Serta Tidak Berlandaskan Syariat Islam
-
Terpaksa Melalui Proses Perundangan Yang Rumit Akibat Daripada Urusan Harta Pusaka Yang Tertangguh
-
Bayaran Guaman Yang Tinggi