Dari Saad bin Abi Waqash r.a
bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya:
“
Ya Rasulullah, Sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan,
bolehkah aku wasiatkan hartaku itu kesemuanya?”
Rasulullah menjawab :"jangan!”
aku bertanya lagi :“Bagaimana
kalau seperdua.”
Beliau menjawab:"jangan!”
aku bertanya lagi: “kalau
sepertiga?”
Rasulullah menjawab:”Ya", boleh dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau
itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka
dalam kemiskinan, meminta-minta kepada manusia.
Riwayat Bukhari dan Muslim
RUKUN WASIAT
1. Al-Musi (Pewasiat)
2.2. Al-Musho Lahu (Penerima
Wasiat)
3.3. Al-Musho Bihi (Barang Yang Diwasiat)
4.4. Sighah (Lafaz Ijab &
Qabul)
SYARAT-SYARAT PEWASIAT :
1. Aqal - Tidak sah bagi mereka yang gila dan juga terencat aqal
2.2. Baligh - Tidak sah wasiat oleh kanak-kanak walaupun mumaiyiz kerana kanak-kanak tidak layak untuk bersedekah
3.3. Pilihan - Tidak berlaku sebarang paksaan
4.4. Merdeka - Tidak sah kepada hamba
KESAN KETIADAAN WASIAT :
1. Harta Pusaka sukar
diuruskan dan terbeku purata masa antara 3 hingga 5 tahun.
2.2. Keluarga yang tidak mempunyai
anak lelaki anggaran 20% daripada peninggalan
3. Harta simati akan menjadi
milik adik-beradik simati dibawah hukum Faraid.
3.4. Pentadbiran dan pengurusan yang
tidak amanah.
Bahkan Rasulullah s.a.w telah bersabda
di dalam hadithnya yang bermaksud :
“ Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat
”
Riwayat Ibnu Majah
KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI DENGAN
ADANYA WASIAT :
1.
1. Harta Pusaka boleh
di urus dan diagihkan kepada waris-waris dalam masa purata 6 hingga 8 bulan.
2.2. Dapat mengekalkan pemilikan harta
peninggalan simati dari menjadi milik orang lain dibawah hukum Faraid.
3. Menjaga kebajikan anak
berumur di bawah 18 tahun.
4. Melindungi harta sepencarian.
3.5. Segala urusan teratur dan tiada keraguan.
6. Dapat mengekalkan kehormanian keluarga.
PEMBATALAN
WASIAT
Wasiat adalah satu akad
oleh hal demikian pewasiat boleh menarik balik kesemuanya atau sebahagian atau mengubahnya atau menambah syarat baru kerana
harta tersebut adalah hak miliknya selagi dia hidup.