bismila.gif

WASIAT

LAMAN UTAMA
HARTA PUSAKA
WASIAT
WASI
HIBAH
KES UNTUK TELADAN
PENYEDIAAN WASIAT
SENSASI KINI !
PAKEJ TERBARU
DEFINISI WASIAT
 
 Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah 'sambung' manakala dari segi istilah pula maksudnya 'pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati' iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.
              (Kitab Mughni Muhtaj karangan Muhamad Al-khatib Al-syarbani)
 
DALIL-DALIL
 
Dari Saad bin Abi Waqash r.a
bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya:
“ Ya Rasulullah, Sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan, bolehkah aku wasiatkan hartaku itu kesemuanya?”
Rasulullah menjawab :"jangan!”
aku bertanya lagi :“Bagaimana kalau seperdua.”
Beliau menjawab:"jangan!”
aku bertanya lagi: “kalau sepertiga?”
Rasulullah menjawab:”Ya", boleh dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam kemiskinan, meminta-minta kepada manusia.
                                                                                                Riwayat Bukhari dan Muslim
 
 
RUKUN WASIAT
 
1. Al-Musi (Pewasiat)
2.2. Al-Musho Lahu (Penerima Wasiat)
3.3. Al-Musho Bihi  (Barang Yang Diwasiat)
4.4. Sighah (Lafaz Ijab & Qabul)
 
SYARAT-SYARAT PEWASIAT :
 
1. Aqal - Tidak sah bagi mereka yang gila dan juga terencat aqal  
2.2. Baligh - Tidak sah wasiat oleh kanak-kanak walaupun mumaiyiz kerana kanak-kanak tidak layak untuk bersedekah
3.3. Pilihan - Tidak berlaku sebarang paksaan 
4.4. Merdeka - Tidak sah kepada hamba
 
KESAN  KETIADAAN WASIAT :
 
1. Harta Pusaka sukar diuruskan dan terbeku purata masa antara 3 hingga 5 tahun.
2.2. Keluarga yang tidak mempunyai anak lelaki anggaran 20% daripada peninggalan
3. Harta simati akan menjadi milik adik-beradik simati dibawah hukum Faraid.
3.4. Pentadbiran dan pengurusan yang tidak amanah.
 
Bahkan Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : 
 
“ Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat ”
                                                                                        Riwayat Ibnu Majah
 
 
 
KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI DENGAN ADANYA WASIAT :
1.
 
1. Harta Pusaka boleh di urus dan diagihkan kepada waris-waris dalam masa purata 6 hingga 8 bulan.
2.2. Dapat mengekalkan pemilikan harta peninggalan simati dari menjadi milik orang lain dibawah hukum Faraid.
3. Menjaga kebajikan anak berumur di bawah 18 tahun.
4. Melindungi harta sepencarian.  
3.5. Segala urusan teratur dan tiada keraguan.
6. Dapat mengekalkan kehormanian keluarga. 
 
 
PEMBATALAN WASIAT
 
Wasiat adalah satu akad oleh hal demikian pewasiat boleh menarik balik kesemuanya atau sebahagian atau mengubahnya atau menambah syarat baru kerana harta tersebut adalah hak miliknya selagi dia hidup.